Menu
Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem) Keluaran dan sambutanPada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[8] Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[1] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.
Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia mengulas bahawa HKLBR ialah sebuah filem satira sosial yang mengambil pendekatan komedi gelap. "Walaupun Hantu Kak Limah Balik Rumah kelihatan melucukan tetapi pemahaman tentang filem ini memerlukan keseriusan. Isu sosial dalam filem ini suatu yang serius, cuma disampaikan dengan pendekatan komedi satira.[6] Syazwan Zakariah juga dari Utusan Malaysia tidak menganggap Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Namun sekadar menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri.[9] Portal hiburan Gua.com.my pula menyifatkan HKLBR ialah sebuah karya bersifat sindiran sinis.[10][11]
Menu
Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem) Keluaran dan sambutanBerkaitan
Hantu Hantu Kak Limah Hantu Kak Limah Balik Rumah Hantu dalam masyarakat Melayu Hantu raya Hantu Kak Limah (siri filem) Hantu Kapcai Hantu kopek Hantu Bonceng Hantu bungkusRujukan
WikiPedia: Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem)